Aman Shah


Aman Shah adalah:

  • Anak kepada Hamzah bin Hasim dan NorBasharoh binti Ishak.
  • Adik kepada Mohd Syakir Izwan dan Mohammad Ridhwan 
  • Abang kepada Mohd Fahmy , Nor Syahidatul Azimah  dan Mohd Fahrul Anuar
  • Adik ipar kepada Nor Hamidah dan Nor Hafizah
  • Pak lang kepada Nor Ain Balqis dan Nur Natasha

Aman hanyalah sebuah nama panggilan yang memesrakan pemilik nama dan pemanggilnya. Shah hanyalah campuran maya nama mak dan abah berdasarkan nisbah 3 pada mak dan 1 pada abah. 

Abd Rahman adalah nama yang diilhamkan oleh arwah nenek tercinta. Lahirnya pada 22 April 1985 (ada sumber mengatakan bersamaan dengan tarikh lahir Rasulullah merujuk sini -Wallahualam) bersamaan 1 syaaban 1405 pada hari Isnin. Dilahirkan di rumah nenek di Kampung Telok Ara, Jitra, Kedah Darul Aman


Pendidikan

Pada tahun 1990, dengan semangat seorang anak kecil bergalaskan beg sekolah baru, berpakaian tadika yang baru dan semangat yang jitu, aman melangkah gagah memburu gelaran pertama anak murid secara rasminya di Tabika Kemas Felda Bukit Tangga. Bergelak tawa bersama kawan-kawan selama 2 tahun di tabika. 

Tahun 1992, bermula pula sebuah lagi kehidupan aman sebagai pelajar. Ya, pelajar sekolah rendah. Di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga aman menuntut ilmu. Bermula dengan 1 Pintar, 2 Pintar, 3 Cemerlang, 4 Wawasan, 5 Wawasan dan 6 Wawasan aman meningkat dewasa. dari kenalnya A,B dan C berakhir dengan kefasihan berbahasa. Tahun 1997 berijazahkan segulung sijil berlabel UPSR, maka berakhirnya sebuah gelaran pelajar sekolah rendah.

Sebuah lagi buku lembaran baru bermula pada 1998. Kaki ini melangkah gagah melebarkan sekolah dan rumah. Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra menjanjikan sebuah kehidupan baru untuk aman. Namun, aman hanya mengejarnya selama 2 minggu sebelum kaki ini melangkah lebih jauh. Ya, sejauh jarak Kedah dan Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama menjadi saksi baru untuk aman menimba pengalaman dan ilmu. Pengalaman seorang anak felda menempuh hidup di kota metropolitan. Asrama Semai Bakti Kelana Jaya menjanjikan kehidupan yang selesa untuk anak felda ini menongkah arus yang deras di kota yang wujud pelbagai dugaan ini. Segala pahit manis ditempuhi berseorangan dari kejauhan family. Alhamdulillah, bergengeamkan segulung sijil PMR, Tahun 2001 aman menamatkan pengajian di SMKDU.

Pada tahun 2001, aman memulakan pengajian baru di negeri Perak. Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) menyediakan jalan yang luas untuk aman berjaya. Kehidupan banyak berubah. Kehidupan sedikit berbeza. Berusahalah seorang anak felda ini menempuhi kehidupan yang penuh liku bersama dengan rakan dan taulan dalam pahit dan gembira.

Tamat sahaja SPM tahun 2002, kaki ini kembali melangkah jauh. Kali ini Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMN9) membuka lebar tangannya menyambut kedatangan anak kampung yang berfikiran kota ini pada tahun 2003. Dengan umur yang muda, hidup yang mahukan kegembiraan remaja, aman tidak dapat merasakan matrikulasi adalah tempat yang sesuai untuk aman. Bermulalah pencarian menghadapi kehidupan. 

Malaysia Airlines System (MAS) melebarkan sayapnya untuk aman pada tahun 2004. Selepas aman mula menaiki penerbangan yang dikemudikan oleh Engineering Training Department MAS, sehingga sekarang (2009) .

Sekian dahulu cerita mengenai aman~




 


Design by: Pocket, Distributed by Blogger Blog Templates